Thursday, October 8, 2009

PERSONALITI BULAN OKTOBER, 2009


walaupun ada serba sedikit kedudukan tetapi tetap hemoi dan sempoi..


Abg Zartamin & Kak Jamaliah yang istimewa


bergambar sebelum berkonvoi ke Sg Bakap pada bulan Ogos yang lalu


sedang berucap semasa majlis gotong-royong Sekolah Perlindungan Semangat Maju


bersantai bersama rakan2 di rumah Pakleh selepas selesai sesi pemilihan rekrut PA


bersama motosikal kesayangannya

Salam kepada semua ahli dan para pengunjung laman blog SEBC ini. Tibalah kita ke ruangan Personaliti Bulan Oktober, 2009 sebagaimana lazim yang telah kita siarkan pada 2 bulan yang lepas. Kali ini SEBC telah memilih En. Zartamin B Awaludin atau lebih dikenali dengan nama Tuan Tamin atau Abg Tamin saja. Lahir pada 10.09.1953 di Batu 91/4 Jalan Matang, Matang. Baru berusia 56 tahun, dan pernah mendapat pendidikan awal di SK Matang dan mendapat pendidikan menengah di SMK King Edward VII(I) Taiping. Merupakan seorang pesara pegawai tentera (pegawai waran). Selepas bersara, beliau telah berkhidmat sebagai Supervisor di Indah Water Taiping dan kini telah bersara. Kini beliau berkhidmat dengan Jabatan Pertahanan Awam dan berpangkat Kapten. Pendek cerita, Abg Thamin ni adalah orang "no. 1" JPA di Taiping ni. Selain itu beliau juga adalah Pengerusi Bengkel Perlindungan Semangat Maju, Taiping.
Memiliki ciri2 yang tegas dan amat baik hati kepada rakan dan taulan. Beliau merupakan salah seorang yang banyak memberikan bantuan dan sumbangan kepada Kelab SEBC dan orang yang amat sensitif kepada persahabatan dan semangat setia kawan.
Memiliki isteri yang turut disayangi oleh ahli2 SEBC dan anak2 beliau juga begitu akrab dengan kami. Pernah kata Abg Thamin, kalau satu hari nanti saya beli motor baru, Jaguh ni saya bagi kat anak menantu saya (Din) biar dia aktif juga dalam SEBC. Fullamak..... sempoinya bapak mertua.
Sekarang ni masa beliau agak padat dengan jemputan sebagai jurulatih PA di sekolah-sekolah di dalam daerah LMS. Pernah membantu sebuah sekolah di dalam daerah LMS menjuarai pertandingan kawad kaki peringkat kebangsaan. Tahniahlah Abg Thamin.


simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

No comments:

Post a Comment