Thursday, October 8, 2009

UNIT RESCUE SEBC MEMBANTU AHLI


keadaan banjir di Kg Jelapang


salah sebuah rumah ahli SEBC yang dilanda banjir


unit Rescue SEBC di samping anggota polis


rumah yang tenggelam


mangsa banjir ditempatkan di dewan orang ramai


pusat pemindahan banjir


Unit Rescue di pusat penempatan banjir


keadaan di pusat penempatan mangsa banjir

AHAD, 4hb. Oktober, 2009 - Seramai 11 orang ahli daripada Unit Rescue SEBC yang diketuai oleh Tuan Thamin telah melakukan tinjauan dan menghulurkan bantuan kepada ahli2 SEBc yang telah mengalami banjir di Kg Jelapang, Simpang. SEBC telah menggunakan 3 buah kereta serta 1 buah pacuan 4 roda semasa melakukan misi kecil ini. Antara rumah ahli SEBC yang dilanda banjir ialah rumah Paklong, Abg Aziz Gamuda serta Abg Aziz YB. Keesokan harinya kesemua mereka ini telah ditempatkan bersama-sama dengan penduduk kampung yang terlibat di dewan Orang Ramai Kg Jelapang.
SEBC ingin melahirkan rasa simpati kepada semua ahli serta penduduk yang terlibat dengan banjir ini serta ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menghulurkan bantuan dan sumbangan.
Inilah bukti bahawa SEBC amat menitikberatkan soal kebajikan ahli dan kelab kita ini lebih memfokuskan kepada kerja-kerja amal. Motosikal hanya hobi kita dan kelab SEBC hanyalah satu platform untuk kita membina jaringan amal sesama manusia.

nota: gambar2 berkaitan akan saya uploadkan kemudian

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

No comments:

Post a Comment