Thursday, October 29, 2009

SEBC MEMBANTU MANGSA KEBAKARAN

















Khamis 29hb. Oktober, 2009- Seramai 16 orang ahli SEBC telah berkunjung ke Kg Air Hitam, Jelai, Batu Kurau bagi menziarahi sebuah keluarga yang rumah mereka musnah di dalam kebakaran pada hari Rabu yang lalu. Keluarga malang tersebut telah tinggal sehelai sepinggang akibat daripada kebakaran tersebut. Kebakaran itu telah memusnahkan sama sekali rumah mereka yang turut dijadikan sebagai bengkel membaiki kenderaan.

Menurut mangsa, kebakaran berlaku pada jam 9.00 pagi dan ianya berlaku terlalu pantas. Jentera bomba mengambil masa 45 minit untuk sampai ke tempat kejadian.

Berita mengenai keluarga malang ini telah disampaikan kepada saya oleh Che Mat yang secara kebetulan sedang menyiapkan sebuah jambatan di kampung berkenaan. Bertindak atas laporan yang diterima, unit "Rescue Team SEBC" telah mengambil tindakan mengumpulkan ahli2 serta membeli beberapa barang keperluan dapur untuk diserahkan kepada keluarga mangsa berkenaan. Kutipan derma kilat juga telah dibuat di kalangan ahli2 SEBC dan telah diserahkan kepada keluarga mangsa di tempat kejadian.

Keluarga mangsa telah melahirkan rasa terharu dan berterima kasih di atas kesudian SEBC membantu mereka.

Ini adalah sebahagian daripada misi amal yang dilakukan oleh SEBC sebagaimana tujuan penubuhannya.

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

No comments:

Post a Comment