Wednesday, September 16, 2009

BERHATI-HATI-HATI DI JALANRAYA - Pandulah Dengan Cermat

SEBC mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua ahli serta para pengunjung laman blog ini. Olehkerana cuti perayaan yang panjang maka sudah tentu ramai pengguna jalanraya akan berpusu-pusu pulang ke kampung halaman masing-masing. Jalanraya sudah tentu akan menjadi sesak terutama dari destinasi keluar bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan sebagainya.

Kepada semua para pengguna jalanraya, berhati-hatilah semasa pemanduan. Periksalah serta selenggarakanlah kenderaan anda supaya sentiasa berada di dalam keadaan yang amat baik. Jangan mulakan perjalanan anda ketika badan berada di dalam keadaan yang letih. Rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan anda. Jika anda terasa mengantuk, berhentilah di tempat rehat yang selamat.

Elakkan daripada memandu di dalam keadaan emosi yang tidak stabil seperti ketika berada di dalam keadaan marah atau tertekan. Pandulah kenderaan anda dengan tenang serta tidak terburu-buru. Amalkan sikap bertimbang rasa serta bertolak ansur supaya kita sama-sama selamat.

Bagi penunggang motosikal yang akan melakukan perjalanan jarak jauh, sila 'double-check' motosikal anda terutamanya tayar depan & belakang, brek, lampu, signal, rantai & spoket serta jangan lupa lesen memandu serta cukai jalan motosikal anda. Jangan berlumba-lumba di atas jalan raya demi mengelakkan bencana. Pastikan topi keledar anda diikat dengan kemas serta gunakanlah topi keledar yang berkualiti serta mendapat kelulusan Sirim.

Kami mahu anda tahu bahawa kami di SEBC sentiasa mengambil berat tentang anda kerana anda adalah sahabat kami. Selamat pulang ke kampung halaman anda!

Pandulah dengan cermat dan ingatlah orang tersayang..

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

No comments:

Post a Comment