Thursday, September 3, 2009

MALAM GOTONG-ROYONG SEBC


persaudaraan yang kukuh


Abg Rahim yang pemurah..


antara sumbangan yang diterima


buah kayu dari Padang Rengas


Cikgu Wan pun sponsor jugak..


goodies untuk anak-anak yatim



makanan yang tersedia..


menteri kewangan SEBC he he..


motosikal Kamal mencuri perhatian.. hebat tu


eh.. macam nak kenduri pulak



Pak Leh yang lucu.... selalu buat orang ketawa


Paklong dan groupnya...


promosi baju raya.. bukan, tengah pilih baju kelab SEBC


kaum wanita yang rajin dan setia..


tengah sibuk mengagihkan duit raya untuk anak-anak yatim


ada yang tak cukup ke...


makan... makan... makan...


sedap bihun ni....


posing kenang-kenangan selepas bekerja...

Khamis, 3hb. September, 2009- Seperti yang dijanjikan, satu gotong-royong ringkas bagi meneliti persiapan akhir sebelum majlis berbuka puasa & meraikan anak-anak yatim di Rumah Anak-anak Yatim Ummu Soffiah, Trong pada 4hb. September, 2009.
Alhamdulillah ramai yang datang pada malam itu seperti Abg Rahim Presiden beserta isterinya Kak Zah, Komeng, Atan, Geegoluck, Che Mat sekeluarga, Abg Aziz & isteri, Paklong & isteri, Abg Saad & isteri, Mat Rock, Abby, Mat Jan & isteri, Pak Yeh, Cikgu Wan & isteri, Pak Leh, Zaman, Kamal, Abg Zul Jelapang serta saya sekeluarga. Meriahnya malam tu, macam nak buat kenduri. Geegoluck pula bermurah hati sponsor makan dan minum.
Kaum wanita sibuk menyiapkan goodies yang akan dibawa dengan dikepalai oleh Maklong. Alhamdulillah SEBC mendapat banyak sponsor daripada pihak luar dalam bentuk barangan dan juga wang tunai. Alhamdulillah derma wang tunai yang diterima telah mencecah RM1020 (setakat semalam sahaja). Geegoluck selaku Bendahari telah membentangkan kewangan yang diterima dan SEBC ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas segala sumbangan derma ikhlas yang telah dibuat oleh semua pihak. Pihak SEBC akan menyenaraikan nama-nama mereka yang telah menderma wang tunai pada laporan program ini nanti.
Nampaknya projek amal SEBC yang pertama ini telah mendapat sambutan yang amat memberansangkan dan mudah-mudahan ianya akan berkekalan.
SEBC juga merakamkan jutaan terima kasih kepada semua ahli yang telah hadir semalam dan semoga segala sumbangan ikhlas anda akan mendapat keberkatan dari Allah hendaknya. Gambar-gambar di atas dapat menceritakan segalanya tentang keluarga besar SEBC....

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

2 comments: