Sunday, September 13, 2009

KHABAR GEMBIRA BUAT SEMUA AHLI SEBC


Isnin, 14hb. September, 2009- Semalam Abg Thamin telah menelefon untuk memaklumkan kepada saya tentang satu perkhabaran gembira buat semua ahli SEBC. Semalam beliau telah menghantar borang keahlian beberapa orang ahli SEBC yang menyertai Sekolah Perlindungan Semangat Maju Taiping dan beliau telah menghabiskan masa selama 3 jam bersama-sama dengan orang kuat SPSM Taiping. Mereka telah bertemu di Ipoh. Abg Thamin memaklumkan kepada saya bahawa SEBC akan diberikan peranan yang penting bagi penganjuran Sukan Paralimpik iaitu sukan yang melibatkan orang2 kurang upaya (oku). Perkara ini akan dibincang serta diumumkan secara khususnya oleh En. Lau (Pengerusi SPSM Taiping) pada majlis berbuka puasa SEBC-BPSM Taiping yang akan diadakan pada 18hb. September, 2009 (Jumaat) nanti. Alhamdulillah SEBC telah diyakini keupayaannya walaupun Kelab kita baru saja ditubuhkan pada bulan April 2009 yang lalu. Kekuatan kita adalah kerana semangat persaudaraan kita yang amat kuat selain keikhlasan kita di dalam apa jua perkara. Hidup SEBC!!

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

No comments:

Post a Comment