Monday, September 7, 2009

PROGRAM RAMADHAN 2009 YANG PADAT BUAT SEBC


YBhg Datuk Seri Abdullah Hishan B Hj Mohd Hashim (dua dari kanan)- Ketua Umno Cawangan Taman Marisa, Bahagian Taiping


antara ahli SEBC yang hadir


antara tetamu yang hadir




Nampaknya SEBC tidak henti-henti menerima jamputan majlis berbuka puasa kali ini. Seronok benar rasanya dengan keluarga SEBC ini. Selepas sahaja majlis berbuka puasa dengan anak2 yatim Ummu Soffiah, SEBC telah menerima jemputan majlis berbuka puasa dengan Umno Cawangan Jelapang, Bahagian Bukit Gantang pada 5hb. September, 2009 yang telah diadakan di Dewan Simpang. Malangnya tiada gambar yang dirakamkan kerana saya tidak dapat bersama di dalam majlis itu

Pada 6hb. September, 2009 pula SEBC telah menerima jemputan daripada YBhg Datuk Seri Abdullah Hishan B Hj Mohd Hashim untuk majlis berbuka puasa Umno Cawangan Taman Marisa, Bahagian Taiping. Majlis diadakan di SK Kampung Jambu, Taiping. Untuk majlis ini, hanya beberapa orang ahli sahaja yang terpilih memandangkan tempat yang terhad. Bagaimanapun insyaAllah selepas ini kita akan mengadakan program khusus untuk SEBC memandangkan boss saya (YBhg Datuk Seri Abdullah Hishan B Hj Mohd Hashim) telah memberikan bayangan kepada saya untuk mengadakan satu program bersama SEBC.

Pada 17hb. September, 2009 pula SEBC Biker's akan berkonvoi ke Kg Ribu yang terletak di Kati, Kuala Kangsar kerana menerima jemputan majlis berbuka puasa di sana. Kali ini kita akan berbuka di masjid dan bersolat pula di situ.

Pada 18hb. September, 2009 pula program penutup kita iaitu majlis berbuka puasa SEBC bersama dengan Bengkel Perlindungan Semangat Maju Taiping yang akan diadakan di Pusat Gerakan, Aulong. Pada majlis itu SEBC akan menyampaikan bantuan kerusi roda kepada pihak BPSM Taiping.

Selepas itu pula kita bersedia untuk Majlis Sambutan Hari Raya SEBC di Bengkel Perlindungan Semangat Maju, Taiping pula. Tarikhnya akan kita putuskan kelak iaitu seminggu selepas hari raya memandangkan penulis dan Che Mat akan pulang ke kampung masing2 yang terletak jauh dari Taiping ini.

simple bike easy ride "KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

No comments:

Post a Comment