Monday, September 14, 2009

KONVOI MAJLIS BERBUKA PUASA DI MASJID KG RIBU, KATI.


menunggu ahli2 SEBC di Caltex Simpang


baru lepas hujan


Che Mat dan Goluck sedang repair lampu amaran


Masjid Kg Ribu


masa kecik2 dulu je selalu guna kentong ni di kampung


kubur lama


antara motosikal yang ada


sebahagian kecil keluarga SEBC


di mana-mana pun mesti cakap pasal motor punya...

Pak Leh dengan aksi chef


kaum wanita


kaum wanita SEBC membantu jemaah masjid menyiapkan juadah berbuka


menunggu waktu berbuka puasa


sewaktu di kedai makan Padang Asam


kami happy....


Ahad, 13hb. September, 2009- SEBC telah dijemput untuk majlis berbuka puasa bersama-sama dengan jemaah Masjid Kg Ribu yang terletak di Liman, Kati (Kuala Kangsar). Alhamdulillah, walaupun bulan puasa namun aktiviti SEBC sangat padat. Selain menerima jemputan majlis berbuka puasa SEBC juga sering mengadakan program tersendiri.
Keluarga SEBC mula berkumpul di Caltex Simpang pada jam 5.00 petang. Olehkerana hari hujan, beberapa orang ahli SEBC telah membawa kereta dan ada beberapa orang sahaja yang menunggang motosikal. Hari tu Che Mat dan Geegoluck lengkap berpakaian marshall dan motosikal mereka pun lengkap dengan lampu amaran serta siren. Semua ni Che Mat yang sponsor. Antara ahli-ahli SEBC yang hadir ialah Abg Rahim, saya n family, Che Mat, Abg Thamin n wife, Pak Leh, Zaman n Azim, Abg Saad n wife, Abg Zul sekeluarga, Goluck, Abg Aziz n wife, Abg Aziz Radio n wife, Abg Dollah, Cikgu Razuan n wife. Ramai lagi yang tidak dapat turut serta kerana ada tugas masing2..
Bertolak dari Simpang pada jam 5.30 petang dan kami terus menuju ke rumah Abg Rahim Presiden di Kg Laneh, Padang Rengas. Abg Rahim, Komeng, Atan dan Abg Dollah telah telah sedia menunggu kami di sana dan kami terus bertolak ke Kg Ribu melalui jalan kampung- satu pengalaman yang amat menyeronokkan!
Kami tiba di Masjid Kg Ribu pada lebih kurang jam 6.30 petang dan alhamdulillah kami disambut dengan begitu meriah. Abg Khalid telah menjadi tuan rumah pada hari ini. Kampung ini memang amat menyeronokkan hati saya. Saya dapat merasakan betapa akrabnya hubungan sesama mereka. Ketika tiba beberapa jemaah sedang sibuk menyiapkan makanan untuk berbuka. Ahli-ahli SEBC pun membawa serba sedikit makanan dari Taiping sebagai tambahan. Kaum wanita SEBC terus membantu jemaah di sana menghidangkan makanan. Alhamdulillah ahli2 SEBC tidak berat tulang dan kami akan membantu apa yang termampu. Kami tidak mahu hanya menunggu seperti bos.
Ketika waktu berbuka semua meja penuh dengan jemaah dan ahli2 SEBC dan ketika inilah tersasa betapa hebatnya suasana di kampung ini. Makanan yang dihidangkan pula amat menyelerakan- ikan lawang masak tempoyak, masak lemak pucuk paku, sambal tumis dan bermacam2 lagi lauk-pauk tradisional yang saya tidak tahu namanya. Semuanya sedap2 belaka.
Selesai berbuka kami terus bersolat maghrib dan selepas itu menyambung kembali makan sambil bersembang-sembang.
Selepas itu kami terus bergerak balik dan singgah pula di sebuah kedai makan di Padang Asam. Ada pula kedai bundle di situ dan saya sempat membeli sepasang kasut kulit. Lama juga kami lepak kat situ. Ada peristiwa lucu berlaku di mana seorang pemandu telah memberhentikan keretanya di bahu jalan kerana menyangka dia ditahan oleh polis trafik... rupa-rupanya marshall SEBC he he..
Alhamdulillah kerana bila terima saja panggilan untuk apa-apa aktiviti, ramai ahli SEBC yang akan turut serta walaupun menerima notis di dalam masa yang amat singkat.

Sekianlah untuk tatapan anda..

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

No comments:

Post a Comment