Wednesday, September 2, 2009

KEMBARA SEBC TAIPING - CAMERON HIGHLAND 2009


"WE ARE BROTHERS!"

SEBC akan mengadakan kembara sulungnya pada tahun 2009 ini dan akan melibatkan perjalanan bermotosikal di antara Taiping - Cameron Highland. Sebagaimana permintaan yang telah dibuat oleh para ahli, kembara tersebut akan diadakan pada 21hb. Oktober, 2009 (Sabtu) nanti.
Ramai ahli SEBC yang tidak sabar-sabar lagi untuk menunggu tarikh tersebut memandangkan ada di antara mereka yang belum pernah menyertai mana-mana ekspedisi seperti itu.
Untuk ekspedisi kembara tersebut SEBC akan menyediakan rescue team dan kita akan menggunakan 4X4 milik ahli2 SEBC. Setakat ini kita mempunyai 2 unit 4X4 yang boleh digunakan iaitu sebuah milik Che Mat dan sebuah lagi milik Pak Yeh. Pilih sajalah mana yang kita nak pakai atau kedua-duanya boleh jalan serentak..
Abg Rahim (Presiden) akan memanggil satu mesyuarat khusus untuk membincangkan program tersebut dan sementara itu para ahli bolehlah menyelenggara sedikit demi sedikit motosikal masing-masing sebagai persediaan.
Sekian, harap maklum dan terima kasih.

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

No comments:

Post a Comment