Monday, September 7, 2009

MERIAHNYA MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA-SAMA ANAK2 YATIM UMMU SOFFIAH, TRONG



berkumpul di pekan Changkat Jering



Geegoluck


kali ni kita naik kereta saja...

penulis (berbaju putih) dan geegoluck


sesak jugak la parking di Ummu Soffiah hari tu..


motor kena susun, kereta pun kena susun jugak.. jaga disiplin beb


orang lama jadi Mc, memang le hebat..


majlis tahlil nak dimulakan di surau


banyak bantuan yang ada di sini.. alhamdulillah


anak2 yatim dalam majlis tahlil kami di surau


apa yang dibincangkan tu?


khusyuk di surau - majlis tahlil


gambar kenang-kenangan


group wanita dengan anak2 yatim


cerita tentang motor ke?


persembahan nasyid


anak2 yatim mengalunkan nasyid


ahli2 SEBC melayan anak2 makan


zaman n familynye..


sambil2 duduk makan


enak hidangan di sini


sumbangan daripada pihak SEBC


ucapan Timb. Presiden SEBC


tulang belakang Ummu Soffiah - Ustaz Abd Karim & Ustazah Faridah


ucapan wakil pelajar


ustazah ni memang rajin betul...


konsert mini di Ummu Soffiah


Alhamdulillah SEBC telah berjaya menjalankan program sulungnya iaitu mejlis berbuka puasa bersama-sama anak2 yatim Ummu Sofiah, Trong pada hari Jumaat (4hb. Sept. 2009) yang lalu. Seramai 54 orang ahli SEBC berserta keluarga mereka telah menghadirinya dan ianya telah menjadi satu sejarah di mana satu Kelab yang baru telah berjaya menganjurkan satu majlis amal yang agak besar. Terpancar keriangan serta kepuasan di wajah ahli-ahli SEBC setelah majlis itu berjaya dijalankan. Ternyata anak2 yatim serta pihak pengurusan Rumah Anak2 Yatim Ummu Soffiah begitu gembira dengan kehadiran keluarga besar SEBC. Mereka mengakui kehadiran SEBC ada kelainannya berbanding dengan program2 yang diadakan oleh pihak-pihak lain sebelum ini. Apa yang paling penting ialah, kehadiran SEBC adalah untuk "meraikan" anak2 yatim di situ dan bukannya mereka yang "meraikan" kami.. Alhamdulillah dan terima kasih kepada pihak pengurusan Ummu Soffiah yang telah menyediakan satu suatu ruang yang amat baik serta bermakna buat kami dan insyaAllah ianya akan menjadi acara tahunan buat kami.

Pada majlis itu pihak kami telah menyampaikan beberapa sumbangan kepada pihak Rumah Anak2 Yatim Ummu Soffiah. Antaranya berupa cenderamata, duit raya serta sumbangan duit tunai kepada pentadbiran rumah tersebut. Kutipan tunai daripada SEBC pula telah mencecah sebanyak RM1120. Alhamdulillah ramai dermawan di dalam SEBC dan ramai pula pihak luar yang yakin dengan kami lalu menyalurkan derma mereka melalui SEBC.

Pada majlis tersebut ahli2 SEBC mula berbuka puasa dengan makanan yang ringan sahaja. Selesai solat fardhu Maghrib kami melayan anak2 yatim di situ menjamah hidangan mereka. Ada ahli yang mengambilkan air untuk mereka serta berbual2 dengan mereka sambil makan. Abang Aziz dan Che Mat sempat buat lawak dengan mereka. Group wanita pula seolah-olah seperti lbu mereka pada hari itu. Maklong siap buat persembahan untuk anak2 yatim di situ. Setelah mereka selesai makan, barulah ahli2 SEBC menjamah hidangan di situ. Inilah bukti betapa kami meraikan mereka.

Pada hari itu, Cikgu Razuan telah menjadi juruacara majlis. Memang hebat orangnya maklumlah orang lama katakan.. Presiden SEBC iaitu Abg Rahim telah mengamanahkan kepada saya untuk memberikan ucapan dan wakil pelajar serta Ustazah Faridah juga telah memberikan ucapan mereka pada majlis itu.

Kami tidak menyangka yang pihak anak2 di situ akan membuat persembahan nasyid di hadapan kami. Hebatnya nyanyian mereka macam ' recording' artis. Mereka mempersembahkan 2 buah lagu yang begitu menyentuh hati. Pihak SEBC pula telah memberikan laluan kepada Maklong untuk memberikan persembahan percuma kepada anak2 di situ dan ternyata mutu nyanyian Maklong memang hebat!!

Pada majlis itu juga SEBC telah membuat satu kejutan di mana kami telah membeli kek sempena harijadi Presiden kami iaitu Abg Rahim. Malangnya gambar tersebut gagal dirakamkan kerana semua kamera yang dibawa telah kehabisan bateri... Itulah gambaran persaudaraan kami. Kami umpama sebuah keluarga..

Tiba waktu berpisah dan kami bersalam-salaman. Anak2 di situ dipeluk serta dicium oleh group2 wanita SEBC dan ramai yang menangisi perpisahan itu. Ada yang sempat menjadikan beberapa orang anak di situ sebagai anak angkat mereka. Memang hebatlah majlis pada hari itu.

Sewaktu balik kami telah singgah di Warung SinggahSara di Trong untuk bersembang2 sambil minum2 serta bercerita tentang pengalaman yang amat menyeronokkan itu... Semuanya akan kekal dalam lipatan sejarah kami di SEBC..

Terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli2 SEBC yang terlibat serta semua pihak yang telah bekerjasama dengan kami dalam menjayakan program amal tersebut di atas.

Sekian, untuk tatapan anda semua, wasallam.

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"




No comments:

Post a Comment