Wednesday, September 2, 2009

DRAF PERLEMBAGAAN SEBC


SIMPLE EASY BIKER'S CLUB (SEBC)
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"


PEMBERITAHUAN:

Untuk makluman semua ahli SEBC, draf perlembagaan SEBC telahpun siap sepenuhnya dan akan diedarkan untuk penelitian semua ahli. Satu mesyuarat khas berkaitan perkara ini akan dipanggil dan semua ahli diminta untuk memberikan pandangan serta pendapat masing-masing. Perlembagaan ini merupakan satu perkara yang amat penting untuk kita teliti sebelum kita mengambil langkah seterusnya iaitu untuk mendaftarkan SEBC secara sah. Saya telah menyerahkan draf perlembagaan ini kepada Geegoluck dan sesiapa yang mempunyai masa lapang silalah ke kedai beliau untuk melihat serta menyemaknya dahulu.
Apabila semua dokumen rasmi berkaitan pendaftaran SEBC telah diluluskan oleh agensi yang terlibat, maka semua ahli akan dibekalkan dengan senaskah buku perlembagaan ini.
Sekian, harap maklum.

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

No comments:

Post a Comment