Tuesday, September 8, 2009

SEBC MENZIARAHI AHLI YANG DITIMPA KEMALANGAN






























































































































































































Selasa, 8hb. September, 2009- Seramai 19 orang ahli SEBC telah menziarahi Che Mat di rumahnya di Taman Sg Mas sebaik mendapat berita beliau ditimpa kemalangan jalanraya bersama motosikalnya. Antara yang menziarahi beliau ialah Abg Rahim (Presiden) & isteri, saya & isteri, Abg Saad & isteri, Abg Thamin & isteri, Abg Aziz & isteri, Paklong, Geegoluck, Mat Rock & Abby, Abg Zul, Atan, Komeng, Kamal & Pakleh.
Alhamdulillah kecederaan yang dialami oleh Che Mat tidaklah serius sangat di mana hanya luka-luka luaran sahaja. Kejadian berpunca daripada tindakan Che Mat cuba mengelak daripada melanggar seorang penunggang motosikal kapcai yang membelok secara tiba-tiba tanpa memberi sebarang isyarat. Akibatnya Che Mat tersungkur di atas jalanraya dan motosikal beliau hanya calar-calar sikit sahaja. Wind-screen pecah dan handle kiat sikit saja tetapi dah diperbetulkan oleh Geegoluck.
Nampaknya semua ahli SEBC diminta supaya memakai 'protector' ketika menunggang motosikal supaya kecederaan yang serius dapat dielakkan. Malang tidak berbau tetapi kita boleh merancang untuk mengelakkannya walaupun semua ini sudah ditentukan olehNya. Ahli2 SEBC dinasihatkan supaya sentiasa mengambil langkah2 keselamatan sewaktu menunggang di jalanraya.
Pada kunjungan itu isteri Che Mat telah menjamu kami dengan hidangan mee goreng dan keropok yang istimewa manakala Abg Rahim seperti biasa tak pernah lekang dengan buah kayu Padang Rengas. Malam tu dia bawa buah rambai dengan kerepek pisang. Akibatnya... ada yang sakit perut kena penangan rambai tu he he...
Apa yang penting ialah kunjungan kami itu adalah di atas dasar kekeluargaan di mana ia telah menjadi asas kekuatan kami di SEBC. Keakraban kami di SEBC adalah umpama adik-abang dan kami sering menyumbang untuk Kelab kami seikhlas hati. Hidup SEBC!!

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

No comments:

Post a Comment