Wednesday, September 9, 2009

SAMBUTAN HARI JADI - OUR 5 BROTHERS






























































































































































































































































































Rabu, 9hb. September, 2009- Beberapa orang ahli keluarga SEBC telah berkumpul di rumah Big Brother kita iaitu Abang Thamin di Tmn Kaya, Taiping bagi meraikan hari jadi Che Mat, Pakyeh, Che Mat, Abg Zul & Abg Aziz. Sebenarnya majlis ni dibuat secara on the spot saja iaitu hasil perbincangan saya dengan beberapa orang rakan malam sebelumnya di sebuah warung di Taman Kaya. Keempat-empat mereka ini bukanlah lahir pada tarikh yang sama tetapi di dalam bulan yang sama.
Majlis bermula pada jam 10.30 malam dan dimulakan dengan bacaan doa selamat untuk keempat-empat ahli keluarga kami itu. Malam tu Kak Jamaliah (isteri Abg Thamin) telah memasak pulut kuning dengan rendang pedas ayam. Wah... memang menyelerakan dibuatnya. Isteri saya pula masak bubur kacang dan ahli keluarga SEBC yang lain membawa bermacam-macam kuih-muih. Abg Rahim Presiden pula macam biasa bawa buah-buah kayu dari Padang Rengas- rambai dan rambutan. Mewah betul makanan malam tu
Parking kat rumah Abg Thamin malam tu penuh sesak dengan kereta dan motosikal keluarga SEBC. itupun ramai yang tak dapat hadir kerana ada hal lain yang tak dapat dielakkan. Keluarga yang dapat hadir malam tu ialah Abg Rahim sekeluarga, Komeng, saya sekeluarga, Abg Saad & Kak Teh, Paklong & Maklong, Che Mat sekeluarga, Geegoluck, Abg Aziz & wife, Abg Aziz Masjid Tinggi & wife, Pakyeh sekeluarga, Abg Zul Jelapang, Kamal, Khalid Pdg Rengas & wife, Pakleh & wife.
Kelab SEBC ni bukanlah besar sangat tetapi kami amat akrab di antara satu sama lain. Hubungan kami bagaikan sebuah keluarga dan kami amat menghormati di antara satu sama yang lain.
Sambil makan-makan, kami sempatlah berbincang serba sedikit tentang majlis berbuka puasa SEBC-Bengkel Perlindungan Semangat Maju Taiping yang akan berlangsung pada 18hb. September, 2009 nanti. ada yang terus bagi duit 'collection' untuk majlis tersebut. Alhamdulillah... nampaknya duit tak menjadi masalah dalam SEBC kerana masing-masing nak menyumbang untuk Kelab. Banner untuk majlis tu pulak disponsor oleh Che Mat dan siap dipasangpun di Dewan BPSMT. Selesai berbuka nanti kita akan bersolat secara berjemaah dan kita akan susun sejadah di ruang byang luas di dalam bangunan itu. Pakaian pada hari tu adalah baju Melayu lengkap bagi lelaki dan baju kurung bagi perempuan... Wah, tentu meriah!
Saya rasakan SEBC ni ada kelainan yang amat sangat dan memanglah ia sebuah keluarga yang besar buat kami...

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"


No comments:

Post a Comment